Friday 26 April 2013

PRODUK KELUARAN PPKI SKTG

PPKI SKTG telah mengeluarkan produk kuah rojak dan kraf felt. Kraf ini telah dihasilkan oleh murid-murid PPKI SKTG dibimbing oleh guru dan PPM. Harap produk ini mendapat sambutan orang ramai...

KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING PPKI DAERAH PERAK TENGAH

25.4 13 Kejohanan futsal dan bola jaring PPKI telah diadakan di UITM Seri Iskandar. Pasukan futsal PPKI SKTG telah menjadi johan untuk kategori junior. Pasukan bola jaring pula telah mendapat tempat ketiga dengan gabungan 4 sekolah iaitu SKTG, SK Bota Kanan, SMK Sultan Muzaffar Syah dan SK Lambor Kanan. Kami juga mengadakan aktiviti jualan yang mendapat sambutan hangat.. TAHNIAH!!!!
pasukan bola jaring gabungan 4 sekolah
perlawanan futsal

cikgu ein dan cikgu izzati sibuk melayan pelanggan

perlawana bola jaring

pasukan futsal bersama PK Khas SKTG

Wednesday 17 April 2013

LAWATAN KE LADANG JAMBU

17.4.13 PPKI SKTG telah melawat ladang jambu yang terbesar di asia dan kemungkinan terbesar di dunia. Ladang ini terletak di Sitiawan. Kami mendapat layanan yang sungguh baik dari pihak Sime Darby. Banyak info kebaikan buah jambu telah diperolehi ketika taklimat dijalankan. Terima kasih Sime Darby







Thursday 11 April 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PPKI PERINGKAT NEGERI 2013

Pada 10 dan 11 April, kontinjen PPKI Perak Tengah berjaya meraih 6 Emas 3 Perak dan 6 Gangsa dalam Kejohanan Olahraga & Balapan MSS Perak di SMK Gunung Rapat.PPKI SKTG  telah diwakili oleh Farid Iskandar dalam acara 100 m dan 200 m, Mohamad Syahir Hakim acara lompat jauh dan Mohamad Hafiq Aiman acara lontar peluru. PPKI SKTG telah menyumbang 2 emas iaitu  oleh Farid Iskandar dalam acara 100 m dan Hafiq Aiman dalam acara lontar peluru.








MAJLIS PEMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU

Pada 4 April 2013, Majlis Pemuafakatan ibu bapa dan guru PPKI SKTG telah diadakan. Majlis in lebih bertujuan untuk memperkenalkan Penolong Kanan baru iaitu Pn. Khairani kepada para ibu bapa murid. Seramai 21 wakil murid hadir pada hari tersebut. Majlis itu juga turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Fadhil.