Monday 30 April 2012

GURU-GURU DAN PPM PPKI SKTG

mungkin masih ada yang tak kenal lagi guru-guru dan ppm ppki sktg..jadi post gambar ni..gambar ni diambil tahun lepas. kat studio lagi haa...semua masih ada cuma seorang jer berpindah iaitu k.lela.

Berdiri dari kiri: Siti Marlina Abd Raub, Nurul Atiqah Abdullah, Hamisyah Ramli, Siti Norein Othman, Nur Tahnani Ahmad, Nur Hananiyah Che Abd Ghani, Nurul Izzati Ahmad, Khamsiah Kha dzaai, Nurhasima Che Abu Shafie dan Hafsah Harun.
Duduk dari kiri: Zalila Ahmad, Norazwan Tajuddin, Ustazah Siti Aishah Jaafar, Mohamad Shahrul Azmil Zahran dan Roslela Malik (sudah berpindah)

MAAFLAH KOME....GLAMER LA PLAK....HEHEHE....

ATLET-ATLET TITI GANTONG 2009

aku nak update blog tapi tak der gambar terbaru...jadi letak gambar yang mengimbas kenangan sikit...ni gambar ni ambik tahun 2009. dah lama..budak-budak pun dah besar panjang...lebih-lebih lagi Indra..semakin tinggi dan laju larinyer. Lokman dengan Zamry dah tak dengar berita..masuk sekolah menengah jer terus senyap..sebarang aktiviti pendidikan khas pun tak nampak muka...
Syawal plak masa ni umur die 11 tahun. sebab tu comel jer masa ni...banyak membantu mengharumkan nama sekolah...selain selain terer berlari dan melompat, sapa tahu terer gak melontar peluru..kalah yang badan-badan besar. dia juga juara MTQ peringkat kebangsaan 2011 bahagian tilawah junior. Tahun 2012 sekali lagi masuk peringkat kebangsaan..harap-harap menang lagi...SEMOGA BERJAYA...

Monday 9 April 2012

BENGKEL PEMBINAAN BLOG PENDIDIKAN DAN PEMULIHAN KHAS PERAK TENGAH

Satu bengkel penghasilan Blog P&P telah diadakan di PKG Bota pada 09 dan 10 April 2012.
Peserta diberi tunjuk ajar dalam menghasilkan blog yang boleh digunakan dalam pengajaran di kelas.

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Antara ciri – ciri general yang kita boleh perhatikan dikalangan kanak – kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak tersebut belum boleh memasang butang baju, memasang tali kasut dan yang boleh menggangu pembelajarannya ialah ketidakupayaannya memegang pensel dengan baik menulis / mewarna dengan betul.



Apa yang dikatakan kemahiran motor halus?
Kemahiran motor halus adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku, contohnya jari kita iasanya berkoordinasi dengan mata.
Kemampuan / kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan berkembang dari masa ke semasa. Untuk kanak – kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia mereka.   Normalnya, perkembangan motor halus – koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti mengambil sesuatu dengan tepat. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus – otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari.
 Pembangunan kemahiran ini membolehkan seseorang untuk dapat menyelesaikan tugas seperti menulis, menggambar, dan mengancingkan.
Ketika anak memasuki usia  pertengahan, dia membuat kemajuan besar dalam kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar, mengukir, dan modeling tanah liat

Kemahiran Urus Diri
Secara normalnya, anak – anak mampu memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka mampu membantu diri sendiri dengan menyelesaikan kegiatan seharian tanpa bantuan orang lain / dewasa. Contohnya, kanak – kanak pada usia 2 dan 3 tahun mampu membuka dan memakai pakaiannya sendiri. Kanak – kanak pada usia ini juga boleh memanipulasi  pakaian dengan menzip, menggunakan garpu sudu, memasukkan tali ke lubang (lubang besar) manik-manik dan membuka pintu.
Ketika anak-anak berusia antara 3 dan 4, mereka boleh memanipulasikan pakaian dengan kekunci yang lebih besar, menggunakan gunting untuk memotong kertas, dan mampu menyalin bentuk berjajar sederhana dengan menggunakan pensil. Pada 4 hingga 5 tahun, anak mampu berpakaian dan membuka pakaian sendiri tanpa bantuan. Dan pada usia 6, seorang anakmampu memotong makanan lembik dengan pisau dan mampu mengikat tali kasut sendiri.
Sebaliknya bagi anak – anak khas adalah sebaliknya umpamanya kanak-kanak Down Syndrom yang belum boleh lagi memakai seluar tanpa bantuan orang lain pada usia 5/6 tahun.

Kemahiran Menulis
Hal ini penting untuk memahami perkembangan kemahiran motor halus anak-anak untuk memahami alasan disebalik mengapa mereka menyelesaikan tugas-tugas tertentu dengan cara tertentu. Sebagai contoh, kita memberikan lembaran kerja kepada anak – anak, dan didapati hasilnya tidak seperti yang sepatutnya seperti ada tulisan yang besar, “cacat”  dan tidak menampakkan apa yang ditulisnya. Jika perkara tersebut terjadi, maka perhatian perlu dilakukan terhadap masalah pengendalian pensil anak. perkembangan kemahiran menulis ini perlu diambil perhatian memandangkan dengan memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka juga mampu berkomunikasi dengan ekspresi yang ditulisnya. perkara ini dimulai dengan menconteng secara bebas dan ke kemahiran meniru dan seterusnya menyalin semula dan akhirnya menulis dengan baik.
Bagaimanapun, perkembangan kemahiran motor halus ini tidak berlaku pada semua kanak – kanak sesuai dengan usia mereka. Ada juga kanak – kanak yang memerlukan bantuan untuk satu tempoh masa bagi mengembangkan kemahiran motor halus mereka. pendekatan lain perlu diberikan kepada anak ini. Terapis kerja adalah pakar dalam bidang motorik halus dan pembangunan tulisan tangan.