Friday 5 July 2013

MAJLIS IHTIFAL PEND KHAS DAERAH PERAK TENGAH 2013

2.7.13 majlis Ihtifal Pendidikan  Khas Perak Tengah telah diadakan di Sk Changkat Lada 3..PPKI SKTG telah menyertai 5 kategori iaitu:

 1)hafazan lelaki junior- Muhammad Irfan Hakim
 2) azan junior- Muhammad Junaidi
 3) tilawah lelaki junior- Mohd Nur Fakhri
 4) bercerita perempuan junior- Nur Hidayah
5) nasyid junior

.alhamdulillah kami telah mendapat johan hafazan, tempat kedua untuk azan dan nasyid dan tempat ketiga untuk tilawah...semoga lebih cemerlang untuk tahun hadapan....
mengambil hadiah

Fakhri dengan khusyuknyer

pasukan nasyid

Hakim membanggakan sekolah

tahniah kepada Hidayah kerana berani

Wednesday 19 June 2013

SUMBANGAN MAJALAH KOMIK UPIN IPIN

18.6.2013 telah menjadi sejarah buat PPKI SKTG kerana telah menerima sumbangan komik upin ipin sebanyak 1000 naskhah oleh syarikat NYLA Sdn. Bhd iaitu pengeluar komik tersebut. Majalah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Presiden NYLA sdn bhd iaitu Ahmad Khusairy Abd Ghani yang turut ditemani oleh isterinya iaitu Tunku Maziah Tunku Mukhtar iaitu Ketua Pengarah NYLA. Hasil jualan komik tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung PPKI SKTG..






.

TAHLIL UNTUK ARWAH UMMI



(BEKAS PK PEND KHAS SKTG)






PERTANDINGAN BOLING PERINGKAT DAERAH

15.5.2013 pertandingan boling peringkat daerah Perak Tengah telah diadakan di Ipoh Parade. PPKI SKTG telah diwakili oleh Junaidi, Syahir, Sofia dan Aliaa.Walaupun tidak mendapat sebarang pingat, tapi amat membanggakan kerana murid ini terutama murid perempuan kerana berjaya menjatuhkan beberapa pin. Sebelum ini ketika terapi boling dibuat, di kalangan murid perempuan memang susah nak nampak kemahiran mereka..alhamdulillah sekurang-kurangnya mereka ada kemajuan..


junaidi dan syahir

aliaa dan sofia

menenangkan diri



bersama cikgu Sima

Friday 26 April 2013

PRODUK KELUARAN PPKI SKTG

PPKI SKTG telah mengeluarkan produk kuah rojak dan kraf felt. Kraf ini telah dihasilkan oleh murid-murid PPKI SKTG dibimbing oleh guru dan PPM. Harap produk ini mendapat sambutan orang ramai...

KEJOHANAN FUTSAL DAN BOLA JARING PPKI DAERAH PERAK TENGAH

25.4 13 Kejohanan futsal dan bola jaring PPKI telah diadakan di UITM Seri Iskandar. Pasukan futsal PPKI SKTG telah menjadi johan untuk kategori junior. Pasukan bola jaring pula telah mendapat tempat ketiga dengan gabungan 4 sekolah iaitu SKTG, SK Bota Kanan, SMK Sultan Muzaffar Syah dan SK Lambor Kanan. Kami juga mengadakan aktiviti jualan yang mendapat sambutan hangat.. TAHNIAH!!!!
pasukan bola jaring gabungan 4 sekolah
perlawanan futsal

cikgu ein dan cikgu izzati sibuk melayan pelanggan

perlawana bola jaring

pasukan futsal bersama PK Khas SKTG

Wednesday 17 April 2013

LAWATAN KE LADANG JAMBU

17.4.13 PPKI SKTG telah melawat ladang jambu yang terbesar di asia dan kemungkinan terbesar di dunia. Ladang ini terletak di Sitiawan. Kami mendapat layanan yang sungguh baik dari pihak Sime Darby. Banyak info kebaikan buah jambu telah diperolehi ketika taklimat dijalankan. Terima kasih Sime Darby